xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr' berpetualang ke tanah besar Australia: 2010

Sunday, September 5, 2010

Kenangan Meriam Buluh

petang ni kita pi ambik buluh, yang tebang hari rasanya sesuai, kabat (karbait) ada lagi, kalau nak banyak bagi tau kata nak buat peram pisang. Bagi tau Wang Chun , tak pa Kita buat mereyam...



Buluh yang sudah siap ditebuk lubang kira-kira 5-8 cm, bagi membolehkan air dimasukkan. kayu penyandang buluh juga siap dipacakkan di bawah pokok rambutan berdekatan reban ayam. Semuanya sudah siap. Walaupun sudah ada pengumuman di radio Malaysia Alor Setar (RMAS) berhubung larangan bermain meriam, hasrat ini perlu diteruskan. Samalah juga dengan aktiviti mengumpul tempurung kelapa untuk dibuat unggun api pada malam raya, pasti akan diteruskan. Kampung akan terang benderang dengan maraknya tempurung kelapa yang dibakar. Malam pengumuman Raya oleh penyimpan mohor besar adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Wajah penyimpan mohor besar raja-raja akan ditunggu munculnya di kaca TV.


Bagi menyemperanakan titah perintah , saya penyimpan mohor besar raja-raja, setelah diperkenankan oleh Duli-duli yang maha mulia . Dengan mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidil Fitri bagi negeri-negeri...... dan jajahan takluknya , telah ditetapkan pada ......


Itulah 'keyword' yang ditunggu oleh seluruh rakyat, wajah penyimpan mohor besar raja-raja tidak pernah berubah. raya atau pun tak raya wajahnya tetap muncul di kaca TV, selepas siaran berita di Rangkaian Pertama RTM. Kalau diumumkan raya pada malam itu, masing-masing sibuk membayar zakat Fitrah, bimbang takut tak sempat sebelum solat sunat Aidil Fitri. Di sini "zakat" dan "Fitrah" (Zakaat dan Fitrana) dikutip ketika bulan Ramadhan. Kedua-duanya "Zakaat dan Fitrana" adalah dalam bahasa Urdhu, kerana majoriti AJK Masjid adalah India Muslim dari India dan Fiji yang berbahasa Urdhu. Zakaat adalah zakat harta benda, zakat pendapatan yang diwajibkan apabila cukup haul dan nisabnya. Manakala Fitrana adalah "disebut Zakaat Fitrah" bagi menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.


Suatu ketika dulu proses 'jual beli beras" ketika membayar Fitrah berlaku sebelum kaedah resit digunapakai oleh amil-amil di masjid. Beras akan disorong tarik di antara pemberi Fitrah dan orang yang berhak menerimanya, menandakan nilai wang dinilai atas beras yang dijadikan makanan harian.

"saya beli beras dengan harga sebanyak duit", kata pemberi Fitrah biasanya kepada Tuan-tuan Guru yang mengajar Al Quran, "saya jual" kata tok Guru. Beras yang dibeli akan diserahkan semula kepada penerima dengan akad "Inilah Fitrah yang wajib bagi saya...untuk tahun ini buat Tok Guru".


Proses ini akan berlangsung satu demi satu segantang beras (3.5 kg) di jual beli jika ada anak-anak yang dibayar Fitrah ataupun mewakili orang lain untuk membayar Fitrah. Ketika tahun-tahun 70an dan 80an, Imam dan amil-amil di Masjid juga kelihatan sibuk di serambi menunggu pembayar Fitrah, dengan "beras untuk dijual beli"


Meriahnya malam raya dengan dentuman mercun dari pelbagai jenis. Biasanya mercun diperolehi dengan membeli di kedai runcit. Ada juga mercun-mercun diperolehi melalui cara 'tikam'. Dengan moadal 'dua tiga kupang', melalui cara 'tikam' mercun yang hebat-hebat diperolehi. Malam raya juga dipenuhi dengan 'pelita' yang diperbuat dari buluh yang dinyalakan dengan 'minyak tanah'. Minyak tanah juga disebut 'minyak gas' adalah sebenarnya bahan bakar yang dikenali sebagai 'Kerosene' bagi menghidupkan pelita dengan bersumbukan 'tali guni'. Minyak gas ketika itu berwarna biru dan juga digunakan untuk menghidupkan pelita dan Cemeni di malam hari, sementelah 'Rancangan Lima Tahun' yang masih tidak dapat menyediakan bekalan eletrik ke kampung-kampung. Rancangan Lima Tahun akan mula diwar-warkan semula apabila menjelangnya pilihanraya, ketika pelusuk kampung dipenuhi bendera parti sejak zaman 'Kapal Layar' hinggalah kepada 'Kati'. Tak kurang juga 'Bulan purnama' di sana-sini. Ura-ura untuk mendapat bekalan 'api' akan dibahaskan dalam mesyuarat Cawangan. Masing-masing penuh harapan bahawa pihak LLN (Lembaga Letrik Negara) akan membekalkan 'api'.


Pelita minyak tanah menjadi sumber cahaya menerangi malam di kampung bukan sahaja pada malam raya tapi setiap malam. Selain dari penggunaan 'lampu pam' yang dikenali sebagai 'lampu gesolin' cap kupu-kupu yang terdapat dibeberpa buah rumah penghuni kampung. Lampu gesolin lebih terang dibandingkan dengan pelita. Rancangan lima tahun demi rancangan lima tahun, kampung terus hidup dengan nadi pelita. Membaca buku pada waktu malam di depan pelita kadang-kadang disambar api pelita, rambut sedikit terbakar dan berbau hangit.


Oh Rancangan Lima Tahun, Malam pakai pelita

-antara bait-bait dalam siri Kartun dalam Majalah Gila-Gila, yang dinukilkan oleh Kartunis Lat


Tali guni yang dijadikan sumbu pelita membakar menerangi kampung, sana sini kanak-kanak bermain mercun. Tali guni banyak gunanya di malam raya. Ianya juga boleh dijadikan 'siren' dengan diikat pada tin susu dan dilalukan pada 'freewell' basikal. Bunyi tali guni yang bergesel pada 'freewell' apabila dikayuh mengeluarkan bunyi melalui tin susu yang dikat pada tempat duduk basikal. Bunyi dari 'siren' basikal memecah dan menambahkan lagi kesibukan malam raya. Dentuman 'meriam buluh' kedengaran di sana-sini bersahut-sahutan seolah-olah 'perang'. Kedengaran dentuman meriam dari kampung seberang bersahut-sahutan.


Di bawah pokok rambutan berdekatan reban ayam, kami telah bersedia dengan 'meriam buluh' lengkap dengan bekalan 'karbait' dan air. Karbait akan dicampur dengan air dalam buluh meriam. Campuran karbait dan air akan menghasilkan gas..




to be continued.........





Saturday, April 3, 2010

test






















Nama:




Alamat Email:









Form provided by Freedback.

Thursday, April 1, 2010

satu imbauan kenangan

"kalau nak taruh rambut panjang...pi Australia"